Pages

Tuesday, January 26, 2010

Fitnah Ibarat Api

Assalamualaikum warahmatullah,

Kemajuan teknologi menyenangkan kita semua tetapi ada segelintir yang menyalah-gunakannya sehingga membawa kepada penyebaran fitnah. Penyebaran berita yang tidak benar melalui SMS dan laman sesawang umpamanya banyak sekali berlaku sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.

Walaupun nampak mudah tetapi ini sebenarnya adalah suatu bentuk fitnah yang berbahaya. Mengenai fitnah, Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” [al-Baqarah : 191]

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud,
“Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” [Hadis riwayat Muslim]

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi mempastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Sebagai muslim dan muslimah, kita wajib menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud,
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya dengan teliti, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada kaum dengan perkara tidak diingini (tanpa mengetahui keadaannya), dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” [al-Hujuraat : 6]

Jangan anggap menyebarkan berita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Renung-renungkan..!

Usia Bertambah Hampir Dengan Akhirat

Sayyidina Ali r.a berkata :
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada 'amal."

Beramal dan berjihadlah untuk hari akhirat kita. Umur kita adalah singkat. Mungkin esok atau lusa kita akan berada di liang lahat.

Fudail rahimahullah telah bertanya kepada seorang lelaki, " Berapakah umur engkau sekarang?"

Jawab lelaki itu, "Sudah enam puluh tahun."

Jawab Fudail, "Agak panjang umur engkau, engkau ini dalam perjalanan untuk menjumpai Tuhanmu dan sudah hampir tiba waktunya."

Kata Fudail lagi, "Barangsiapa tahu behawa dia adalah hamba Allah, akan kembali kepada Allah, akan menghadap Allah dan akan di soal oleh Allah, maka dia hendaklah menyediakan jawapan-jawapan tersebut."

Tanya lelaki tadi, "Bagaimana melakukan yang demikian?"

Jawab Fudail, " Engkau berusaha membaiki baki umurmu dan bertaubat pada jalan Allah, nescaya Allah akan berikan pengampunan. Tetapi kiranya engkau engkar kepada Allah, maka engkau akan di siksa atas segala kesalahanmu yang telah lalu dan akan datang.. Amalan itu perlu dijaga waktunya. Jangan engkau abaikan dengan sia-sia dan hendaklah dipenuhi dengan kerja-kerja yang berguna."

Kita perlu menjaga setiap detik kehidupan kita supaya kita menjadi hamba kepada akhirat. Hidup kita sentiasa terkawal dengan ajaran Allah s.w.t.

Sayyidina Umar r.a. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud :
"Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidor. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku."

Kubur Rindukan Anak Adam Yang Soleh

Sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong.
Lalu baginda bersabda yang bermaksud :
"Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian."

"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, 'aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing."

"Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya, 'marhaban wa ahlan' (ucapan selamat datang), kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, lihatlah apa aku akan lakukan kepada kamu."

Sambung Nabi, "Maka kubur pun menjadi luas sejauh pandangan matanya dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke Syurga.."

"Dan apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir, maka kubur berkata kepadanya, 'la marhaban wa la ahlan' (yakni tidak diundang dan tidak diterima kehadirannya).' Engkaulah antara mereka yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini. Dan apabila aku menerima kamu hari ini, kamu akan saksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu."

Sabda Nabi s.a.w yang maksudnya, "Maka kubur pun sedikit demi sedikit mula menghimpit tubuhnya hingga bertemu rapatlah segala tulang belulangnya."

Rasulullah mengepal jari-jarinya lalu menyambung, " Dihantarkan kepadanya tujuh puluh ular besar lagi berbisa, jika seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi ini, nescaya tidak akan tumbuh sesuatu apa pun. Selama mana baki dunia ini, maka selama itulah dia akan dibelit dan dipagut ular-ular itu hinggalah tiba hari perhitungan (Yaumul Hisab)."

Nabi s.a.w bersabda lagi maksudnya :
"Kubur itu samaada sebuah taman Syurga ataupun sebuah lubuk api Neraka."
(Hadis Riwayat Abu Sa'id Al-Khudri r.a)

Thursday, January 21, 2010

Pengguna Internet Explorer Dinasihati Berwaspada

SERDANG, 20 Jan (Bernama) -- CyberSecurity Malaysia mengingatkan pengguna Internet supaya berwaspada tentang kelemahan ketara yang terdapat pada pelayar Microsoft Internet Explorer.

Ketua pegawai eksekutifnya Husin Jazri berkata kelemahan itu membolehkan penggodam memberi arahan kepada komputer mangsa.

Keadaan ini dikenali sebagai "0-day" kerana kelemahan berkenaan terdedah apabila vendor perisian tidak mengatasinya, kata Husin dalam satu kenyataan.

"Kelemahan ini boleh diambil kesempatan dengan mudah apabila pengguna melawat laman web penggodam.

Penggodam boleh mengirim URL (alamat laman web Internet) kepada pengguna melalui e-mel bagi mengumpan mereka melawat laman yang mengandungi program jahat, atau meletakkan URL berkenaan pada laman web dan forum popular," katanya.

Husin berkata kelemahan itu juga boleh diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi menyalurkan ancaman terhadap komputer seperti trojan atau virus lain.

Kata beliau kelemahan yang terdapat pada aplikasi popular seperti pelayar Internet atau pembaca PDF (format dokumen mudah alih) yang boleh menjejaskan sistem, bukan perkara baru.

Tahun lepas, Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), CyberSecurity Malaysia mengeluarkan 36 nasihat berkaitan aplikasi popular seperti Adobe Flash, Internet Explorer, Firefox, Shockwave dan Microsoft Office, kata beliau.

Husin berkata daripada jumlah itu, sembilan mempunyai kaitan secara langsung dengan aplikasi pelayar Internet, manakala 21 lagi berkaitan pemalam pelayar (browser plug-ins), katanya.

"Walaupun orang mungkin mengemaskinikan sistem pengendalian mereka dari semasa ke semasa, tetapi ramai yang lupa untuk mengemaskinikan aplikasi yang mereka gunakan setiap hari.

"Ini boleh menyebabkan bercambahnya perisian jahat, yang dengan mudah akan menjangkiti sesebuah komputer melalui aplikasi yang terdedah kepada serangan," katanya.

Husin berkata nasihat terkini tentang perkara itu boleh didapati dengan melayari http://www.mycert.org.my

Maklumat lanjut tentang CyberSecurity Malaysia boleh didapati dengan mengunjungi laman web CyberSecurity Malaysia

-- BERNAMA

Tuesday, January 19, 2010

Cara Betul Memberi Salam Pada Para Muslimin & Muslimat

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....


Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.

Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"

Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,

KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Sharing is caring ... kalau ada kemuskilan sila laah berjumpa yg pakar dlm bidang ni.....yeh :P

renung²kn dan selamat beramal

Tauladan Pinggan (Bacalah sebelum kita ditalkinkan)

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..



Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..



Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..



Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..



Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..



Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..



Semoga bermanfaat…!

Monday, January 18, 2010

Tidak Takut Tuhan Punca Segala Masalah

Orang menilai "masalah" berbeza beza.Kadang kadang masalah di katakan bukan masalah dan bukan masalah di katakan masalah.Masalah yang paling besar sebenarnya ialah masalah tidak takut Tuhan.Tetapi malangnya zaman ini tidak ada orang menyebut masalah tidak takutkan Tuhan ini satu masalah.Bila orang tidak kenal dan tidak takut Tuhan, yang bukan masalah menjadi masalah.Contohnya menjadi pandai bukan masalah.Tidak ada siapa akan berkata pandai ini satu masalah.Tetapi hari ini pandai itu sudah jadi masalah.Ia menjadi masalah kerana orang pandai itu tidak takut tuhan.Bila pandai tetapi tidak takut Tuhan, datang lah sifat sombong hingga menjadi masalah.Datang rasa ego hingga menjadi masalah.Menipu, dan memutar belit hingga menjadi masalah.

Menjadi pemimpin bukan masalah.Semua orang suka adanya pemimpin.Samada rakyat suka pemimpin, yang punya diri pun suka jadi pemimpin.Jadi pemimpin bukan masalah.Tetapi pemimpin yang tidak takut Tuhan, itu masalah.Bila dia ada kuasa mulalah sombong, ada kepentingan diri,rasuah, menjadi zalim, menindas,untuk mempertahankan kedudukan nya dia mencantas musuhnya dengan umpatan,fitnah dan ada yang sanggup membunuh..

Manusia menilaikan masalah yang remeh temeh dikatakan masalah besar.Contohnya kemiskinan.Bagi Tuhan miskin itu bukan masalah. Tuhan tidak kata miskin tiu berdosa dan masuk neraka.Manusia bertungkus lumus hendak mencapai kemiskinan sifar. Mana ada kemiskinan sifar dalam Islam.Allah jadikan semua berpasang pasang. Jadi kalau ada kaya tentu ada miskin.Jadi tidak boleh ada miskin sifar. itu karut.Dan begitu juga tidak boleh ada semua orang kaya dalam masyarakat 100%.Orang miskin yang redha dengan Allah dan masyarakat yang menjalankan tanggung jawab terhadap orang miskin tidak jadi masalah.Kerosakan sosial akibat orang miskin hanya kecil sahaja. Tetapi kerosakan yang di buat orang cerdik pandai (termasuk ulama) dan pemimpin mengakibatkan negara menjadi huru hara, dan lingkup.Itu masalah.

Jadi macam macam masalah yang sedang berlaku sekarang saperti krisis politik, krisis antara pemimpin pemimpin,krisis ekonomi,krisis pendidikan, krisis sosial dan berbagai bagai krisis yang melanda negara kita adalah kerana masalah yang paling besar yang tidak di pandang langsung untuk di tangani ia itu masalah tidak takut Tuhan.

Siapa kah sepatutnya yang bertanggung jawab menangani masalah tidak takut Tuhan ini yang sudah jadi tsunami besar yang melanda manusia sejagat?


selayang pandang....

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Isra ayat 84 yang bermaksud " Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".

Firmannya lagi dalam surah al-isra' ayat 7 mafhumnya "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "[Ali Imran ayat 8]

Saturday, January 16, 2010

Gambar Fetus Haiwan.

These amazing embryonic animal photographs of dolphins, sharks, dogs, penguins, cats and elephants are from a new National Geographic Documentary called "Extraordinary Animals in the Womb". The show's producer, Peter Chinn, used a combination of three-dimensional ultrasound scans, computer graphics and tiny cameras to capture the process from conception to birth. They are the most detailed embryonic animal pictures ever seen.

Mafhum: Gambar2 embrio binatang seperti ikan lumba, jerung, anjing penguin, kucing dan gajah ini bakal dipamerkan dalam siri terbaru dokumentari National Geographic yg berjudul "Extraordinary Animals in the Womb".
Produser rancangan tersebut, Peter Chinn, menggunakan kombinasi antara imbasan ultrasound tiga dimensi, grafik komputer dan kamera micro untuk merakam proses persemanian hingga kelahiran. Sehingga kini, dikatakan gambar2 ini merupakan yang paling terperinci pernah dirakam.

 
 

 
 
 
------------------------------------------------------
Betapa hebatnya MAHA PENCIPTA!

Tipu Allah kerana nak qasar solat.

Solat jamak dan qasar merupakan kelonggaran yang diberikan oleh Allah khusus untuk umat-Nya yang bermusafir. Solat empat rakaat boleh dipendekkan menjadi dua rakaat dan dua waktu solat boleh dilakukan dalam satu waktu. Kelonggaran ini bagi memudahkan orang yang musafir bergerak lancar ke destinasi tanpa berhenti sebanyak lima kali untuk solat.

Tetapi terdapat dalam kalangan umat Islam yang menyalahgunakan kelonggaran itu semata-mata untuk membolehkan mereka solat jamak dan qasar. Padahal syarat untuk membolehkan dia berbuat begitu belum cukup. Musafir yang dirancang tidak menepati kehendak syariat.

Apakah syarat musafir?
1. Ada destinasi yang ditetapkan.
2. Destinasi itu jauh melebihi dua marhalah iaitu lebih kurang 89 kilometer
3. Musafir itu untuk tujuan yang diharuskan.

Berdasarkan syarat tersebut bolehlah diandaikan seperti berikut, saya tinggal di Bandar Baru Bangi ingin ke Kuala Pilah untuk menziarahi keluarga. Okey, destinasi yang ditetapkan ialah Kuala Pilah. Jauh destinasi itu dari Bandar Baru Bangi ialah 91 kilometer. Dan tujuan ke Kuala Pilah adalah untuk ziarah keluarga.

Jelas di sini, ketiga-tiga syarat di atas telah dipenuhi. Oleh sebab itu, saya boleh melakukan solat qasar dan jamak dalam tempoh perjalanan itu pergi dan balik. Walau bagaimanapun kalau tujuan musafir itu untuk merompak atau untuk menyaksi pertandingan bola sepak yang di dalamnya ada perkara yang diharamkan maka tidaklah harus solat jamak dan qasar.

Dalam andaian lain, saya ingin ke Kuala Lumpur tetapi saya tidak melalui jalan biasa sebaliknya saya bergerak dari Bandar Baru Bangi menuju ke Banting, seterusnya ke Kelang, Sungai Buloh dan dari situ baru sampai ke Kuala Lumpur. Tujuan ke Kuala Lumpur adalah untuk bertemu kawan seperjuangan namun tujuan saya memilih jalan yang jauh itu adalah untuk membolehkan solat jamak dan qasar.

Melihat kepada destinasi itu, tentulah tidak melayakkan saya melakukan qasar dan jamak kerana jarak perjalanan hanya 40 kilometer. Tetapi dengan perjalanan seperti di atas, jarak ke Kuala Lumpur sudah menjadi jauh, melabihi 89 kilometer. Persoalannya bolehkah dilakukan solat jamak dan qasar dalam keadaan itu?

Tujuan perjalanan jauh itu adalah fasid, perjalanan ke tempat di atas bukan dengan tujuan yang diharuskan. Perjalanan jauh itu hanya untuk membolehkah sah solat jamak dan qasar adalah tidak syar’i. Mereka yang bertindak seperti ini hakikat mahu menipu Allah. Mereka beranggapan Allah tidak tahu niat jahat mereka.

Umat Islam yang beriman dan bertakwa tidak seharusnya menipu Allah seperti itu. Sebaliknya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam soal ibadah. Ingatlah ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka perbanyakkan ibadah, dan jauhi dosa.

Oleh sebab itu mereka harus menghentikan musafir seperti itu dan kembalikan kepada Allah dengan melakukan solat lima waktu dengan sempurna. Tunaikan solat Jumaat seperti orang lain kerana khutbahnya boleh memberi ilmu kepada kita.

---------------------------------------------------------------
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 01/02/2010